Monday, 15 July 2013

CONTOH KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM

LOW KUM HONG (04DKA13F1145)
ANUAR BIN AHMAD (04DKA13F1175)






Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan

LOW KUM HONG (04DKA13F1145)
ANUAR BIN AHMAD (04DKA13F1175)


Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.

Definisi Kejuruteraan Awam

LOW KUM HONG (04DKA13F1145)
ANUAR BIN AHMAD (04DKA13F1175)


Kejuruteraan awam merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan, sama ada dalam pembuatan jalan, bangunan, sistem perparitan, pengawalan banjir serta trafik dan lain-lain. Kejuruteraan Awam mempunyai ruang lingkup yang luas, merangkumi aplikasi matematik, fizik, kimia, biologi, geologi, hingga ke penggunaan ICT. Kejuruteraan Awam berkembang sejajar dengan permintaan manusia, sehingga boleh dikatakan bidang ini mampu merubah sebuah hutan menjelma kepada kota metropolitan. Berikut antara bidang-bidang dalam Kejuruteraan Awam :-
  • Kejuruteraan Umum
  • Kejuruteraan Struktur
  • Kejuruteraan Kebakaran
  • Kejuruteraan Geoteknik
  • Kejuruteraan Pengangkutan
  • Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Kejuruteraan Hidraulik
  • Kejuruteraan Sumber Air
  • Kejuruteraan Pembinaan
  • Kejuruteraan Sains Bahan
  • Kejuruteraan Ukur tanah